Ogos 27, 2014

Welcome To SKTR Family, Cikgu Kamal



Pada 22 Julai yang lalu iaitu bersamaan hari Selasa, SKTR telah menerima seorang guru baru. Nama beliau ialah Ahmad Kamal Bin Sidik dan berasal dari Kg Bagan Terap, Sungai Besar. Beliau sebelum ini bertugas di SK Sepintas dan kini dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan yang memegang portfolio Ko-Kurikulum dan digerakkan ke SK Teluk Ru. Beliau menggantikan Cikgu Azli yang kini menjadi GPK Hal Ehwal Murid yang sebelum ini disandang oleh Pn Hjh Mariam Bt Md Rejab (Telah bersara).

Biarpun baru di SKTR namun pengalaman beliau dalam arena pendidikan begitu banyak dan tidak dapat dinafikan. Seluruh warga SKTR mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada beliau dan mendoakan yang terbaik agar kerjasama dan ukhwah di antara warga SKTR sentiasa utuh sepanjang masa.

Selamat datang cikgu Kamal.