Antara tempat menarik yang dikunjungi ialah Pantai Batu Feringgi, Toy Museum, Taman Botani, Taman Belia, Pasar Lorong Kulit, Bukit Bendera dan Gerai Jeruk Pak Ali. Ketika perjalanan pulang, rombongan PPKI melawat Zoo Taiping. Objektif lawatan tersebut berjaya dicapai kerana murid-murid kelihatan gembira dan ceria di sepanjang lawatan tersebut.
Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar lawatan Pulau Pinang.
Aksi Aina di Toy Museum
Bergambar bersama koleksi di Toy Museum
Acara sukaneka di Pantai Batu Feringgi
Murid-murid tidak sabar untuk bermain
Keletah murid PPKI
Berbaris sebelum naik kereta kabel Bukit Bendera
Aksi yang sempat dirakam
Pemandangan dari atas bukit, agak berkabus
Mandi manda di Taman Belia
Mandi sambil bersantai
Jalan-jalan di Taman Botani selepas mandi
Pengalaman menaiki trem taman botani
Sarapan di gerai roti canai kawkaw
Santai di Padang Kota Lama
Murid bersarapan di cafe hotel
Sabar menunggu pesanan tiba
Lawatan ke Zoo Taiping
Gelagat melihat haiwan zoo
Zoo Taiping
Bergambar bersama singa
Zoo Taiping merupakan destinasi terakhir dalam sesi lawatan kali ini. Semoga PPKI akan terus cemerlang dan gemilang dengan perancangan dan program sebaik program lawatan sambil belajar ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tuan Guru Besar, Tuan Haji Mohd Multazam Khair kerana menyokong program-program kelolaan PPKI dan juga kepada barisan GPK dan semua guru.