Pada 25 & 26 Oktober yang lalu, seramai 40 murid dan 4 orang guru SK Teluk Ru telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid-murid tentang alam haiwan, pameran sains, istilah saintifik haiwan dan lain-lain. Antara tempat menarik yang dilawati ialah Zoo Negara dan Pusat Sains Negara.Lawatan ini diadakan selama dua hari satu malam dan mereka bermalam di Pusat Belia Negara di Bandar Tasik Selatan, Cheras. Mari kita lihat beberapa gambar lawatan tersebut.
Riang ria bermain di padang permainan di Pusat Sains Negara
Bergaya sebelum masuk ke Pusat Sains Negara
Pemandangan Kadeiloskop
Sesi menjamu selera
Makan jangan tak makan
Antara guru pengiring yang menyertai - Cikgu Siti Hajar
Penginapan di Pusat Belia Negara