Ogos 12, 2016

Aktiviti Luar PPKI

Pada 8 Ogos yang lalu, satu aktiviti luar PPKI telah dilaksanakan. Aktiviti ini melibatkan Pdp di luar kelas iaitu lawatan ke Bank BSN Sabak Bernam, Kedai Buku (Maju Edar) dan juga restoran KFC. Objektif aktiviti ini ialah untuk mendedahkan murid dengan suasana sebenar di tempat-tempat kemudahan awam tersebut. Ini juga dapat meningkatkan keyakinan murid PPKI dalam menghadapi situasi di dunia nyata. Kelebihannya, murid dapat keberanian dan mengetahui lokasi tempat tersebut berada.

Murid-murid juga merasai sendiri penat lelah beratur membeli makanan, memilih alat tulis yang ingin dibeli dan juga berbelanja mengikut duit elaun EMK yang diperolehi.

Semoga dengan pendedahan ini murid PPKI lebih dinamik dan berdikari. Terima kasih kepada semua yang sama-sama menjayakan program ini.

Foto sekitar program:

Kedai buku

Cikgu Lin beri tips membeli

Cikgu Noreen memantau murid

Cikgu Sikin beri tips membeli

Jie Wei window shoping

Beratur membeli makanan sendiri

ramainya..terkejut kaunter

Muka puas dapat beli sendiri

Memilih pensel warna yang sesuai


Lapar dah ni

Cikgu Shukri babysit Amin dan Irfan

Dua-dua ni kena ikut Cikgunya,hehe

Makan la pula

Seronok menjamu selera

Sendiri bayar sendiri makan katanya

Peace

Peace juga