September 30, 2013

Kem Sukan Sekolah 1Murid 1Sukan edisi 2013

Pada 25 September yang lalu, unit Kokurikulum SKTR telah mengadakan Kem Sukan Sekolah yang melibatkan murid Tahap 1, 2 dan juga Pendidikan Khas. Tidak lupa juga murid-murid prasekolah yang mengambil bahagian dalam senam robik.

Bermula jam 7.30 pagi murid-murid berkumpul di dewan sekolah untuk sesi taklimat perjalanan program. Selepas senamrobik, murid-murid dipecahkan kepada dua kumpulan jenis sukan. Tahap 1 berada di dewan untuk sukan pingpong dan Tahap 2 berada di gelanggang takraw untuk sukan hoki.

Ust Suhaili dan Cikgu Khalek diberi tanggungjawab mengendalikan kem di dewan dan Cikgu Solehan diberi tanggungjawab mengendalikan kem di gelanggang takraw. Kedua-dua lokasi ini diberi tunjuk ajar dan disiplin khusus oleh GPK Kokurikulum SKTR iaitu Cikgu Azli B Suradi. Sememangnya beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang sukan.

Untuk sukan pingpong, murid-murid diasah untuk memantapkan asas terlebih dahulu. Cara memegang bat pemukul dan menimang bola diberi tumpuan khusus. Ini supaya semua murid dapat menguasai kemahiran tersebut dengan baik.

Untuk sukan hoki, murid-murid diajar cara memegang kayu hoki pada posisi yang betul, membuat hantaran bola dengan tepat dan menahan bola dengan kemas. Kemudian murid diajar untuk membuat pukulan ke pintu gol. Murid disuruh memilih pasangan masing-masing dan berlatih mengikut giliran yang ditentukan.

Kemuncak kem ini pula diadakan pertandingan sesama murid. Pertandingan tersebut adalah menimang bola pingpong terbanyak dan menjaringkan gol hoki terbanyak. Murid-murid berhempas pulas untuk mendapatkan mata yang terbanyak. Pemenang dikira melalui rumah sukan iaitu Biru, Kuning dan Merah.

Semoga dengan berakhirnya kem ini, murid-murid SKTR dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan menjadi murid yang berkebolehan dalam apa jua jenis sukan. Selepas ini, mungkin sukan lain akan diajar pada kem sukan sekolah akan datang.

"Majulah Sukan Untuk Negara"

Sesi taklimat di dewan

Antara murid PPKI yang terlibat

Senamrobik

Kegirangan murid terserlah

Ceria di pagi hari

Gelek jangan tak gelek

Murid prasekolah juga mengambil bahagian

Kumpulan sukan hoki

Cikgu Azli mengajar teknik dan disiplin hoki

Posisi membuat hantaran yang betul

Teknik menjaringkan gol

Briefing sebelum bermula
Gelagat murid kumpulan pingpong

Gaya menimang bola

Tunjuk ajar dari Ust Suhaili

Murid mengambil alatan

Penerangan daripada Cikgu Azli

Latihan secara bergilir

Murid menumpukan perhatian

Penerangan daripada S/U sukan

Antara guru yang terlibat