April 20, 2016

Ceramah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Pada 13 April yang lalu, satu ceramah telah dijalankan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Unit HEM bersama unit ko-kurikulum telah mengambil inisiatif dalam program ceramah ini dengan menjemput penceramah daripada agensi berkenaan. Pihak AADK telah menghantar seorang penceramah iaitu Puan Norehan bersama seorang rakan sejawatnya. Tajuk ceramah pada kali ini ialah Jenis-jenis Dadah dan Kesannya pada Diri, Keluarga dan Masyarakat.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak AADK kerana berkongsi maklumat dan memberi kesedaran kepada murid akan bahaya dadah. Diharapkan kerjasama dan ukhwah ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Foto sekitar ceramah:

Pn Norehan sedang memberi ceramah

Penerangan Jenis-jenis dadah

Murid-murid khusyuk mendengar ceramah

Pegawai AADK

Mahir menyampaikan ceramah

Sijil Penghargaan daripada SKTR kepada AADK