Antara intipati ceramah yang disampaikan ialah berkenaan kod-kod jenayah yang diklasifikasikan oleh pihak berkuasa, kanun jenayah dan kanun keseksaan. ASP Iek Ran Chong juga memberikan demo cara jenayah yang berleluasa kini seperti curi, samun, ragut dan sebagainya. Beliau juga berpesan sekiranya terjadi jenayah tersebut kita sebagai orang awam perlu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Pelihara nyawa dan jangan melawan serta berikan apa yang penjenayah samun/curi kerana nyawa lebih berharga.
Sesi ceramah juga diselang-selikan dengan aktiviti kuiz dan sola jawab. Keramahan dan kemesraan beliau membuatkan murid-murid tidak segan silu untuk menjawab soalan yang diberikan. Dan yang lebih menarik lagi beliau turut menyediakan hadiah bagi murid yang dapat menjawab soalan dengan betul. Hadiah daripada luar negara tau.
Pihak SKTR mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat pihak IPD Sungai Besar dan khususnya ASP Iek Ran Chong dan L/K Mohamad Syafiq kerana sudi memberikan kerjasama dan kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Foto sekitar ceramah :
ASP Chong sedang memberikan ceramah
Sesi kuiz
Murid mendengar ceramah
Guru-guru yang turut serta
ASP Chong beramah mesra dengan murid
Soal jawab kuiz
Sijil Penghargaan daripada pihak SKTR
Foto bersama GB, pentadbir dan ASP Chong
Dari kiri, Tn Hj Multazam, Sarjan Md Nor, En. Saud,
Pn Junaidah, ASP Chong