April 23, 2010

Kursus Pengurusan Aset & Stor




Pada 10 April 2010, bertempat di Makmal Komputer SKTR telah berlangsung LADAP yang bertajuk Pengurusan Aset & Stor. Kursus ini telah dihadiri oleh semua warga guru dan kakitangan sokongan SKTR. Kursus telah bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi.

Kursus ini telah disampaikan oleh Pn Shamsiah bt Sharif dari PPD Sabak Bernam. Peserta telah didedahkan dengan tatacara pengurusan aset dan stor yang terkini serta mengikut kehendak pentadbiran.