PIBG, SARANA & Komuniti


Tujuan Sarana Sekolah
•       Mewujudkan SISTEM PEMBELAJARAN dengan memberi penekanan kepada enam (6) elemen yang menyokong pembelajaran
•       Meningkatkan  kerjasama antara pihak sekolah dan pihak yang mempunyai kepentingan dengan sekolah
•       Meningkatkan penglibatan ibu bapa (IB), komuniti dan sektor swasta dalam pembelajaran murid melalui soal selidik penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
•       Membantu pihak sekolah dengan kerjasama PIBG merancang aktiviti atau program sekolah yang boleh melibatkan pihak-pihak yang berkenaan secara aktif dan berkesan
•       Membantu pihak sekolah menjadikan sekolah sebagai sekolah berkesan dengan penglibatan aktif pihak yang berkaitan

Sistem Pembelajaran
•       Pembelajaran berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan dalam komuniti
•       Sekolah mesti menyediakan persekitaran yang kondusif untuk jalinan hubungan kerja positif antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti

Kerjasama sekolah dengan ibu bapa:
▪       Mempunyai tanggung jawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid
▪       Meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid
▪       Memperluas peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka.

Kerjasama sekolah dengan komuniti:
▪       Mendapat kerjasama secara sukarela daripada pertubuhan dalam komuniti untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat kepada sekolah setempat
▪       Menggalakkan pelibatan murid dalam pertubuhan dan aktiviti komuniti serta mendapat pengajaran penting melalui proses tersebut.

6 elemen yang menyokong pembelajaran yang menjurus kepada SISTEM PEMBELAJARAN:
•       Iklim Sekolah
•       Komunikasi Berkesan
•       Sokongan Terhadap Kejayaan Murid
•       Tanggungjawab Bersama
•       Keputusan Bersama
•       Kerjasama Dengan Komuniti

Iklim sekolah
Iklim sekolah menggambarkan aspek fizikal dan psikologikal sekolah yang menjadi prasyarat untuk pembelajaran dan pengajaran

i.                    Aspek Fizikal :
Keadaan fizikal sekolah mengalu-alukan murid dan guru untuk ke sekolah dan kondusif untuk pembelajaran

Ciri-ciri:
•       Keselamatan dan keselesaan murid diutamakan
•       Kawasan sekolah dan tandas bersih
•       Bilik darjah menarik dan teratur
•       Peralatan yang disediakan selamat untuk digunakan
•       Papan penunjuk arah disediakan untuk memudahkan pergerakan dalam kawasan sekolah

ii.                  Aspek Sosial :
Sekolah menggalakkan komunikasi dan interaksi antara murid dan guru, guru dan ibu bapa / penjaga, pihak sekolah dan komuniti

Ciri-ciri:       
•       Murid berinteraksi secara aktif dengan guru
•       Suasana sekolah tidak hingar-bingar
•       Murid digalakkan memberi cadangan dan pendapat
•       Keputusan dibuat dengan mengambil kira pendapat semua pihak yang berkenaan
•       Staf dan murid dilatih untuk menyelesaikan masalah
•       Staf sekolah berinteraksi dengan ibu bapa , ahli komuniti dan lain-lain tetamu sekolah dengan  mesra dan sopan
•       Murid dilatih menghormati semua individu yang lebih tua daripada mereka

iii.                Aspek Emosi :
Sekolah menggalakkan semangat kekitaan dan harga diri

Ciri-ciri:
•       Murid bangga berada di sekolah
•       Murid merasa diri mereka sebahagian daripada sekolah
•       Murid, guru dan kakitangan merasa mereka penting dalam menentukan kejayaan sekolah
•       Murid berkeyakinan terhadap staf sekolah
•       Murid dan staf dihormati
•       Pencapaian  murid diiktiraf dan diraikan
•       Ibu bapa merasakan sekolah tempat yang menarik dan mesra
•       Guru bersemangat untuk membantu murid berjaya

iv.                 Aspek Akademik :
Sekolah menggalakkan pembelajaran dan pencapaian kendiri

Ciri-ciri :
•       Guru merancang pembelajaran dengan mengambil kira murid mempunyai kecerdasan pelbagai
•       Harapan terhadap murid tinggi. Semua murid diberi galakan dan bantuan untuk mencapai harapan tersebut
•       Guru mempunyai pengetahuan dan keyakinan yang tinggi
•       Kemajuan murid kerap dipantau
•       Pencapaian dan kejayaan murid dihargai
•       Pencapaian murid  dalam pentaksiran disampaikan kepada ibu bapa dengan segera

KOMUNIKASI BERKESAN
Komunikasi berkesan meliputi perkongsian maklumat secara dua hala dengan :Murid, Guru dan Kumpulan Sokongan, Ibu bapa/Penjaga dan Ahli komuniti

Ciri-ciri :
•       Penerangan yang jelas
•       Berkomunikasi dengan ayat pendek dan jelas
•       Berkomunikasi dengan nada biasa
•       Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah
•       Meminta pertolongan dengan baik
•       Menggunakan empati (berusaha menyelam perasaan orang lain) tetapi bahasa yang dihormati

  Tindakan komunikasi berkesan :

i.         Ibu bapa / penjaga:
•       Maklum peraturan sekolah
•       Maklum mengenai jadual persekolahan anak termasuk jadual untuk aktiviti kokurikulum
•       Maklum aktiviti yang disertai anak mereka
•       Maklum mengenai visi dan misi sekolah
•       Maklum mengenai kerja rumah yang perlu disiapkan oleh anak
•       Dianggap rakan kongsi  oleh pihak sekolah

ii.       Guru dan kakitangan bukan guru:
•       Maklum peraturan yang perlu dipatuhi
•       Mempunyai kemahiran interpersonal
•       Menghormati  dan mengalu-alukan pendapat murid dan ibu bapa serta ahli komuniti

iii.      Sekolah:
•       Mengalu-alukan  maklum balas dari ibu bapa dan ahli komuniti
•       Kerap berkomunikasi  dengan ibu bapa sebagai rakan kongsi melalui buku komunikasi murid, laman web sekolah, buletin, surat siaran dan sebagainya
•       Merancang supaya kerja rumah yang  diberi

SOKONGAN TERHADAP KEJAYAAN MURID
Ibu bapa, staf sekolah, PIBG/LPS, alumni dan ahli komuniti perlu bekerjasama untuk menyokong pembelajaran murid secara aktif di sekolah dan luar sekolah
•          Sekolah membantu murid dalam menetapkan sasaran mereka
•          Sekolah membantu murid merancang masa depan dengn mengikuti aliran yang sesuai dengan mereka
•          Ibu bapa diminta membantu memupuk minat membaca dalam kalangan anak mereka (SPI Bil. 13/1998: Program Membina Tabiat Membaca)
•          Kejayaan murid dijadikan agenda perbincangan dalam mesyuarat dengan PIBG/LPS/Alumni dan komuniti setempat

TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Guru dan ibu bapa saling bantu-membantu dan melengkapi berdasarkan kemahiran dan
pengetahuan masing-masing

Adakah sekolah melibatkan rakan kongsi (ibu bapa / alumni / komuniti) dalam usaha menjayakan murid?
è    -> Penglibatan aktif ibu bapa dalam pembelajaran anak mempunyai kesan terhadap kejayaan mereka

Contoh :
1.       Ibu bapa / penjaga
a.       Dilibatkan sama dalam memantau kemajuan anak mereka
b.      Diminta memastikan anak mereka mempunya jadual belajar di rumah
c.       Dilibatkan sama dalam mengurus program kecemerlangan akademik / kegiatan kokurikulum / latihan untuk pertandingan
d.      Dilibatkan bersama-sama mengiringi murid semasa pertandingan dan lawatan (rujuk SPI 12/2000:
Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan)
2.       PIBG / LPS / alumni / ahli komuniti dilibatkan
sama dalam menguruskan program
kecemerlangan akademik serta kokurikulum

KEPUTUSAN BERSAMA
Semua pihak terbabit (pemegang taruh) dilibatkan dalam membuat keputusan dan diupayakan

•       Pembelajaran seharusnya berlaku di dalam dan di luar sekolah, dengan itu akan berlakulah perubahan daripada Sistem Persekolahan kepada Sistem Pembelajaran
•       Dalam usaha memasti perubahan sistem tersebut berlaku, pemegang taruh seperti ibu bapa, PIBG / LPS, Alumni perlu dilibatkan dalam membuat keputusan serta digerakkan dan diupayakan

Keputusan Bersama yang Menyokong Pembelajaran
•       Pandangan dan penilaian ibu bapa dihargai.
•       Keputusan mengenai cara mengatasi masalah disiplin murid dibuat bersama-sama ibu bapa dan ahli komuniti.
•       Majlis permuafakatan digunakan sebagai landasan untuk merancang program kecemerlangan murid dan mengatasi masalah disiplin.

Contoh:
•       Pendapat ibu bapa dirujuk dalam menetapkan sasaran pencapaian anak mereka
•       PIBG/LPS/alumni/komuniti dilibatkan dalam menetapkan program motivasi murid
•       PIBG/LPS/alumni/komuniti dilibatkan dalam menetapkan program peningkatan potensi murid
•       PIBG/LPS/alumni/komuniti dirujuk dalam usaha meningkatkan peratus kehadiran murid
•       PIBG/LPS/alumni/komuniti dirujuk dalam usaha mengurangkan peratus kes disiplin dalam kalangan murid
•       PIBG/LPS/alumni/komuniti dilibatkan dalam menilai program sekolah
•       Hubungan sekolah dengan ahli majlis permuafakatan adalah erat
•       Sekolah menyediakan peti cadangan untuk mendapat maklum balas ibu bapa

KERJASAMA DENGAN KOMUNITI
Proses menyelesaikan masalah secara bersama melibatkan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan

•       Semua pihak mempunyai matlamat yang sama dalam menyelesaikan masalah
•       Semua pihak merasa mereka penting dalam menyumbang ke arah kejayaan murid
•       Semua pihak berkepentingan selesa bekerjasama antara satu dengan lain
•       Semua pihak menghormati antara satu dengan lain
•       Kemudahan sekolah dikongsi dengan ahli komuniti
•       Warga sekolah melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti komuniti

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)
KSIB adalah satu Jawatankuasa yang wujud dalam struktur PIBG  sebagai saluran kerjasama dan komunikasi bagi merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui KSIB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda

•       Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan  terbaik bagi membantu pembelajaran anak
•       Mewujudkan sokongan berterusan
•       Membantu apabila berlaku krisis
•       Mengukuhkan tingkah laku positif  dalam menghadapi masalah
•       Berkongsi maklumat, pandangan dan sumber
•       Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan dan lain-lain
•       Meningkatkan keberkesanan sekolah dengan memberi maklum balas yang membina

Penubuhan KSIB
1.       Pemakluman PIBG kepada ahli-ahli dan edaran soal selidik(Borang B – Saya berminat menyertai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa)
2.       Edar borang sukarelawan KSIB (bagi ahli komuniti yang tiada anak bersekolah di sekolah tersebut juga menggunakan Borang B – Saya berminat menyertai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa)
3.       Adakan mesyuarat penubuhan KSIB PIBG. Antara lain:
a.       Nyatakan kenapa KSIB ditubuhkan, apa yang hendak dicapai dan apa yang hendak dilakukan bersama.
b.      Bentuk beberapa jawatankuasa untuk objektif khusus, contohnya:
                                                     i.     Silaturrahim
                                                     ii.    Komunikasi
                                                     iii.   Pentadbiran
                                                     iv.   Dana dan kemahiran dsb
4.       Adakan mesyuarat lanjutan bagi membentuk pelan tindakan dan rangka kerja
5.       Hubungi pihak yang dapat membantu seperti KEMAS, LPPKN, JKOA dan sebagainya dalam usaha mempertingkatkan kemahiran ibu bapa dalam aspek tertentu SUKARELAWAN KSIB


sumber: https://pibgsttjseremban.weebly.com/3-konsep-sarana.html