Februari 21, 2017

Program Maju Diri 2017

Pada 17 Februari yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling (BBK) telah mengadakan satu program yang dinamakan Program Maju Diri (PMD) seperti mana pada tahun-tahun terdahulu. Bertempat di Dewan Multazam dan surau Ar-Raudhah, program ini diadakan daripada 7.30 pagi hingga 10.00 pagi dengan pelbagai pengisian. Sasaran PMD pada kali ini ialah murid-murid tahap 2 dan juga murid PPKI yang terpilih daripada tahap 2 juga.

Objektif program ini adalah untuk :

1. Mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama.
2. Dapat meningkatkan minat untuk belajar.
3. Dapat memupuk semangat keyakinan dalam diri.
4. Dapat mencungkil bakat dan potensi dalam diri murid.
5. Dapat menanamkan rasa insaf dan kenal diri.

Dengan pelaksanaan PMD ini diharapkan dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua pihak terutamanya kepada murid-murid yang sentiasa menghadapi cabaran bagi tahun 2017 ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua AJK Guru yang bersama-sama menjayakan PMD pada kali ini.  

Foto program :

Aktiviti membaca Yassin dan Solat Hajat

LDK

Sesi LDK

Murid-murid membaca Yassin

Ust Khairul memberi penerangan

Penerangan PMD

Murid yang mengambil bahagian

Membuat aktiviti

Tekun mendengar








Memantau murid membuat aktiviti

Februari 15, 2017

SKTR ke Kejohanan Pingpong MSSD Sabak Bernam

Pada 6 Februari yang lalu, SKTR telah menghantar pasukan pingpong yang terdiri dari 2 pasukan iaitu 4 orang lelaki (1 pasukan) dan 4 orang perempuan (1 pasukan). Pasukan pingpong sekolah telah menjalani latihan sepanjang tahun dan latihan intensif bersama Cikgu Annas dan juga dibantu oleh Cikgu Khalek. Lokasi kejohanan ialah Dewan SMK Sg Besar.

Biarpun matlamat asal pasukan ini adalah untuk menimba pengalaman bagi murid-murid, namun pasukan kita telah berjaya sehingga ke peringkat akhir bagi murid perseorangan (P) dan meraih Naib Johan bagi kategori Bukan Cina.

Bagi pasukan lelaki, langkahnya terhenti sehingga ke peringkat suku akhir. Namun begitu tahniah kerana berjaya memberi tentangan sengit kepada pihak lawan. 

Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan pingpong sekolah yang telah berjaya mencapai tahap yang membanggakan. Apa yang penting usaha dengan lebih gigih pada masa akan datang. Pihak sekolah sentiasa memberi sokongan dan khidmat bantu kepada pasukan ini. Tahniah.

Rekod Pencapaian Murid :

1. Nurul Nasuha Bt Hairi
- Pusingan 2 Terbuka
- Naib Johan Perseorangan (P) Bukan Cina B12
- Wakil Daerah Ke MSSS di Hulu Langat (21.02.2017)

2. Adam Iskandar
- Pusingan 1 Terbuka
- Pusingan 1 BKC

3. Muhammad Zikri B. Suhaili
- Pusingan 4 Terbuka
- Pusingan 3 BKC

4. Mohamad Adam Nazmi B. Jamsari
- Pusingan 2 Terbuka
- Pusingan 1 BKC

5. Nor Atikha Bt Harun
- Suku Akhir Terbuka
- Suku Akhir BKC

6. Qistina Rusyda Bt Abd Razak
- Pusingan 2 Terbuka
- Pusingan 2 BKC

7. Nur Ain Maisyarah Bt Ahmad Asmadi
- Pusingan 2 Terbuka
- Pusingan 2 BKC

8. Muhammad Firdaus Izuan B. Mohd Yusof
- Simpanan

9. Husna Nur Syafini Bt Ahmad Puzi
- Simpanan

Coach pingpong bersama PK Koku SK Tebuk Jawa


Atikah sedang berentap

Bergambar selepas kejohanan

Tahniah !!!

Naib Johan BC Tahniah

Tahniah Nasuha !!

Teruskan kecemerlangan anda !!

Peringkat akhir BKC (P)

Program Jom Ke Sekolah

Program Jom Ke Sekolah ini merupakan program yang dianjurkan oleh KPM dengan kerjasama agensi kerajaan terpilih iaitu PDRM. Dengan matlamat menjadikan sekolah tempat yang selamat dan menarik, ia juga menatarkan kegiatan ponteng sekolah perlu dielakkan bagi menjadikan murid lebih berdisiplin dan beretika.

Program pada kali ini melibatkan Sarjan Mohd Zaki (Unit Perhubungan Sekolah - IPD Sungai Besar) sebagai wakil agensi PDRM yang membacakan watikah dan merasmikan program ini. Perutusan daripada KPM juga dibacakan oleh Puan Guru Besar iaitu Pn Fatimah Bt Arabian. Bacaan ikrar oleh murid juga diadakan bagi simbolik program ini berlangsung sepanjang tahun. 

SKTR berharap dengan adanya program ini, murid-murid akan lebih terbuka hati dan minda untuk hadir ke sekolah. Peranan PDRM juga penting dalam memberikan kerjasama dalam menangkap murid yang ponteng sekolah yang merayau dan melepak di sesebuah tempat. Sama-sama kita menjayakan program ini agar lancar hingga ke akhirnya.

Foto sekitar program :

Sarjan Zaki membacakan watikah

Barisan tetamu dan guru

Pn Fatimah (GB) sedang membacakan perutusan KPM



Murid-murid sedang mendengar ucapan

Emcee program

Ikrar murid



Doakan Murid PPKI ini

Pada awal Januari tahun ini seorang murid PPKI telah menjalani pembedahan mata berikutan terdapat masalah mata sejak tahun lepas. Murid ini Nor Aidila Farehah Bt Zanuri merupakan murid Bermasalah Pembelajaran (PPKI) dan murid kelas BP3. Sejak pulih daripada sakit mata pada 2016, murid mengalami gejala awal kabur di mata. Selepas itu Doktor mengesahkan beliau perlu dibedah dan implikasi tidak dibedah boleh menyebabkan kebutaan.

Farehah atau nama manjanya Maria merupakan murid yang aktif dan ceria. Suaranya selalu mengisi ruang PPKI baik di bilik guru atau di dalam kelas. Rajin membuat kerja dan mudah untuk dibimbing. Beliau juga boleh menyanyi beberapa lagu dengan baik dan pernah menyertai Pertandingan Karaoke Hari Kanak-kanak.

Pembedahan dilakukan di Hospital Teluk Intan dan beliau berada di sana selama 3 hari. Kini beliau telah pulang dan berehat di rumah. Warga SKTR mendoakan supaya Farehah cepat sembuh dan pulih seperti sediakala dan dapat kembali ke sekolah.

Bersama-sama kita mendoakan beliau. Amin Ya Rabbal Alamin.

Selepas pembedahan mata

Sebelum pembedahan

Tidak takut dibedah

Selepas pembedahan

Bersama rakan-rakan ketika lawatan sekolah


Februari 10, 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG EDISI 2017

Pada 4 Februari yang lalu, Mesyuarat Agung PIBG edisi 2017 telah mengambil tempat di Dewan Multazam. Perasmi yang dijemput pada kali ini ialah Yang Berhormat Mohd Fasiah Bin Hj Mohd Fakeh. Namun begitu atas urusan yang lebih penting, beliau telah mewakilkan En Samsi sebagai wakil beliau. Kedatangan ibubapa pada kali ini adalah menggalakkan iaitu 49 daripada 74 yang menunjukkan peratus sebanyak 64%.

Setelah dirasmikan oleh En Samsi, mesyuarat bermula dengan isu-isu sekolah sehinggalah ke agenda pemilihan AJK baru memandangkan barisan pentadbir merupakan pegawai yang baru. Guru Besar, PK HEM dan PK Koku adalah pegawai yang baru dilantik di SKTR.

Keputusan pemilihan AJK ibubapa dan AJK guru adalah seperti berikut :

Yang Dipertua
En Najib Bin Saat

Naib Yang Dipertua
Pn Mazni Munirah

Setiausaha
En Muhamad Asri Bin Hassan

Bendahari
Ust Mohd Fauzi B. Selamat

AJK Ibubapa
1. En Sudarta Amnan
2. En Amiruddin
3. En. Saiful
4. Pn. Azizah
5. Pn Noraini
6. Pn Rahmah
7. Pn Norizan

AJK Guru
1. Ust Tuan Khairul Effeendy
2. En.Mohd Solehan
3. Ustazah Hariayati
4. Ustazah Nasripah
5. Pn Nor Maliza

Pemeriksa Kira-kira : En Zainuddin

Perkara yang dicapai telah dipersetujui oleh semua ibubapa yang hadir dan semoga dengan keputusan-kuputusan tersebut dapat dijalankan dengan lancar untuk sepanjang tahun dan memberi kebaikan dan faedah kepada semua warga SKTR terutamanya kepada murid-murid.

Majlis ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Foto sekitar mesyuarat :