Januari 22, 2021

Selamat Berpisah Cikgu Syukri

Seorang guru PPKI iaitu Cikgu Syukri telah mendapat surat arahan untuk berpindah sekolah. Beliau dipindahkan ke SK Seksyen 6, Shah Alam. Beliau seorang guru yang sangat komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Juga seorang yang ramah dalam berkawan dan mudah diajak bergurau.

Beliau telah berkhidmat di SKTR selama lebih 8 tahun dan telah berpeluang menjalankan beberapa tugas kritikal dan juga tugas khas dengan penuh sabar dan dedikasi. Kehilangan beliau dalam keluarga SKTR amat mendukacitakan lebih-lebih lagi buat warga PPKI. Terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan selama ini.

Semoga Cikgu Syukri terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi dan dipermudahkan segala urusan. Semoga berjumpa lagi di lain masa..

Cikgu Syukri mengetuai joging pagi semasa perkhemahan di Kem Sg Dusun, 2016.

Cikgu Syuk membimbing murid PPKI membeli di kedai (pengalamian)


Hari Sukan Negara, 2017





Tiada ulasan:

Catat Ulasan