Mac 25, 2011

LADAP TKRS

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah dilancarkan buat pertama kalinya di SKTR pada tahun 2011. Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum telah mengambil inisiatif mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan:Tunas Kadet Remaja Sekolah yang bermatlamatkan memberi pendedahan kepada semua guru SKTR tatacara perlaksanaan TKRS di sekolah.

Unit Kokurikulum telah menjemput Mejar TKRS En Subhi bin Marsan merangkap GPK Kokurikulum SMK Munshi Abdullah untuk mengendalikan kursus.

LADAP TKRS dilaksanakan pada 23 Mac 2011 bertempat di Makmal Komputer SKTR. Majlis bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan