April 16, 2014

Lawatan Sehari PPKI di Manjung, Perak

Pada 2 April 2014 iaitu hari Rabu, pihak PPKI SKTR telah berjaya mengadakan program Lawatan Sehari PPKI di Manjung, Perak. Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran yang berlainan daripada PnP di dalam kelas. Ianya juga sebagai aktiviti riadah di luar bilik darjah. Selain itu ia bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara guru dan murid PPKI itu sendiri.

Aktiviti yang dijalankan semasa lawatan tersebut ialah Terapi Boling di Ocean Bowl Plaza dan juga riadah air di Water World Marina Cove Teluk Batik.

Terapi boling yang dijalankan bertujuan untuk melatih "Sensory-skill" dan pergerakan motor murid-murid PPKI di samping menajamkan fokus minda. Balingan tersebut akan merangsang hormon estrogen yang membina keyakinan diri dan secara tidak langsung akan melahirkan perasaan gembira untuk bermain.

Selesai bermain boling, murid-murid dibawa untuk menjamu selera di salah sebuah restoran yang menyediakan masakan melayu. Selesai mengisi perut, ahli lawatan dibawa pula ke Water World Marina Cove Teluk Batik untuk aktiviti riadah air. Apabila tiba di Marina Cove pada jam 1.30 petang, kami diberitahu oleh penjaga kawasan bahawa kolam mandi belum dibuka lagi. Ia hanya akan dibuka pada jam 4 petang. Aktiviti terpaksa ditunda ke kawasan lain. Setelah mengambil kira faktor keselamatan, tepian pantai Teluk Batik menjadi pilihan.

Murid-murid dibenarkan bermain pasir dan tepian pantai di bawah pengawasan guru-guru dan juga dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bertugas mengawal keselamatan pengunjung pantai.
Setelah selesai beriadah, tiba masa bertolak pulang dan telah selamat tiba di sekolah pada jam 6.00 petang.

Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada masa depan dengan pengisian dan tempat yang berbeza. Apa yang penting ialah kerjasama dari semua pihak dan keselamatan murid-murid sentiasa menjadi keutamaan.

Murid teruja untuk bermain

Guru sebagai pembimbing

Guru membantu murid memilih bola yang sesuai

Antara guru PPKI

Riang sungguhpun bola masuk longkang

Nazlin bersunguh-sungguh membuat balingan

Suasana di pusat boling

Guru membuat contoh balingan



Saiz bola adalah mengikut berat individu

Kenangan di depan pusat boling

Bergambar kenangan

Riadah di tepian pantai

Murid bermain pasir

Murid riang gembira dan juga "sunburn"

Gelagat yang mencuit hati Cikgu Linda dan Cikgu Sikin

Aktiviti bermain teka teki

Murid selesai mandi dan tukar pakaian

Pekena ais-krim Cikgu Safari belanja