April 23, 2014

Kunjungan Ceramah Denggi

Pada 16 April 2014, Pusat Kesihatan Daerah Sabak Bernam telah menghantar seorang kakitangannya untuk memberikan ceramah ilmiah berkenaan Denggi. Majlis ini berlangsung di dewan sekolah dan diadakan pada waktu Ko-kurikulum dari jam 4.00 hingga 5.00 petang.

Penceramah yang telah hadir untuk memberikan ceramah tersebut ialah En Norazli Bin Mohd Safri. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan secara terus tentang simptom, bahaya dan kesan denggi terhadap seseorang individu seterusnya terhadap masyarakat. Banyak perkara yang disentuh oleh beliau semasa ceramah, antaranya jenis-jenis nyamuk, tempat tinggal nyamuk, cara nyamuk membiak, cara virus denggi merebak, cara menghapuskan denggi, simptom demam denggi, kesan demam denggi dan kesedaran sivik masyarakat terhadap denggi.

Lagi info denggi boleh layari laman web di bawah :
---> http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/demam-denggi

---> http://jknperak.moh.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=165:apa-itu-demam-denggi&catid=62&Itemid=440&lang=ms

---> http://ms.wikipedia.org/wiki/Demam_Denggi

Pencegahan yang paling baik adalah dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes selain menggunakan racun serangga dan juga aerosol. Namun begitu komitmen daripada semua pihak adalah perlu bagi memastikan virus demam denggi ini musnah sama sekali.

Beliau juga berpesan, jikalau kakitangan vektor ingin membuat semburan di kawasan rumah, sila berikan kerjasama dengan membuka semua pintu dan tingkap. Dan semburan lebih berkesan jika dibuat di dalam rumah. Semburan berasaskan air tidak akan meninggalkan kesan minyak. Tetapi jika semburan berasaskan diesel boleh meninggalkan kesan minyak. Boleh bertanya kepada kakitangan vektor tersebut sebelum semburan dibuat.

Semoga dengan program ceramah ini dapat menjalinkan kerjasama yang berterusan di antara pihak SKTR dan juga PKD Sabak Bernam. Keprihatinan daripada pihak PKD amat dihargai dan kami ucapkan ribuan terima kasih.


En Norazli memulakan ceramah

Murid-murid setia mendengar

"Playrole" bagaimana virus denggi tersebar

Gelagat murid ketika ceramah

Take 5

Antara guru yang mendengar ceramah


Kuiz selepas ceramah, dapat hadiah lumayan