Mei 18, 2016

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (2016)

Tarikh 16 Mei saban tahun menjadi tarikh keramat apabila perayaan hari Guru disambut seluruh dunia tidak terkecuali jua di SKTR. Ia telah menjadi satu tanda untuk menyambutnya dengan sederhana namun meriah bersama-sama. AJK PIBG dan ibubapa telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program demi meraikan guru-guru SKTR. Barulah tidak dikata "guru syok sendiri".

Tema yang ditetapkan pada tahun ini ialah Arabic. Guru-guru disarankan untuk memakai baju yang bertemakan Arabic dan pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria baju yang paling kreatif dan menawan. Ini tentu hebat. Semua guru melaram.

Sambutan dimulakan dengan bacaan doa selamat dan ikrar guru. Seterusnya bacaan watikah sempena Hari Guru. Seterusnya nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan Lagu Guru Pembina Negara Bangsa.

AJK PIBG telah menyediakan sukaneka yang menarik seperti Susun Cawan, Baling Selipar, Belon Beracun, Teka Isyarat dan juga futsal (guru lelaki vs PIBG). Sambutan yang sederhana namun padat dengan acara yang menarik. Murid-murid juga tidak melepaskan peluang bersorak untuk guru-guru demi kemenangan.

Acara karaoke berduet juga diadakan sebagai memenuhi permintaan khas guru yang ingin menyanyi pada hari ini. Tahniah buat Raja dan Ratu Arab bagi edisi kali ini iaitu Cikgu Khalek (Arabian Thief Sinbad) dan juga Cikgu Norasikin (Desert Dancer Queen). Dan PIBG menyediakan kejutan iaitu berupa Lagu Duet Khas buat Raja dan Ratu Arab. Lebih istimewa menyanyi di hadapan semua penonton.

Acara bertukar-tukar hadiah sesama guru juga dilakukan dan pada kali ini nilai hadiah adalah RM20 ke atas. Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Mazni kerana sudi menaja nasi beriani ayam. Juga kepada Bank Islam dan Bank Rakyat di atas Kek perayaan yang disumbangkan.

Tidak lupa juga kepada semua murid-murid yang ikhlas memberi hadiah kepada guru-guru. Semoga Allah yang membalas jasa kalian. Kami tidak mengharapkan pemberian ataupun hadiah. Cukuplah sekadar kejayaan murid SKTR dan tanda ingatan dalam doa-doa. Supaya para guru terus istiqamah dalam menyampaikan ilmu dan menjadi penerus generasi.

Foto sekitar sambutan:

Tuan Haji diapit para biduanita arab

Selfie ceria

Siapa gerangan wanita itu

Pembahagian kumpulan

Acara Belon beracun

PPKIrians

Acara tukar hadiah
























Melaram baju Arab

Tuan GB berposing

Ramainya biduanita, seronoknya