Mei 18, 2016

Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah

Pada 14 Mei yang lalu, Unit Keceriaan Kawasan dan Bangunan di bawah unit Hal Ehwal Murid telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana peringkat sekolah. Program ini juga melibatkan kerjasama seluruh warga PIBG SKTR termasuk ibubapa dan penjaga. Kerjasama yang dipamerkan oleh semua pihak pada program kali ini amat baik.

Aktiviti ini bertujuan untuk membersihkan kawasan dalam sekolah dan juga luar sekolah daripada semak samun dan kawasan yang berisiko menjadi tempat huni haiwan berbisa. Ini kerana pada musim panas ini binatang-binatang tersebut akan mecari teduhan yang lembab dan terlindung. Media massa juga melaporkan bahawa terdapat kes di sekolah yang melibatkan murid dan binatang berbisa ini. Jadi ia menjadi tanggungjawab sekolah untuk mengadakan program seumpama ini.

Ibubapa dan penjaga yang hadir tidak lokek membawa "potluck" untuk dikongsi bersama. Beraneka juadah, kuih-muih, kek dan lain-lain dijamu bersama sebelum memulakan kerja.

Semoga dengan program ini dapat mencapai matlamatnya dan menjalin ukhuwah yang lebih erat di antara warga SKTR dan juga PIBG. Bak kata pepatah, "Bulat air kerana Pembetung, Bulat kata kerana Muafakat".


Foto sekitar program :

YDP PIBG, En. Najib sedang memasang wall plug

Speker siap dipasang

Rehat seketika, bersama hasil tuaian serai

Macam menari pula

Pembersihan Taman Herba

Ada mandorrr

Potong jangan tak potong tau

Main nyorok-nyorok ke

Habis semak kena tebas

Buang pokok layu

Suasana belakang Blok A

Nampak sibuk

Serai wangi ke tu

Tuan S/u memantau anak buah katanya