September 06, 2013

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin & Majlis Restu Ilmu Murid Tahun 6

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin untuk murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR telah diadakan di Masjid Kg Teluk Ru pada 5 September (Selepas Maghrib). Majlis susulan juga telah berlangsung keesokan harinya (6 September) di perpustakaan sekolah. Sebagai meniup semangat murid-murid tahun 6, guru-guru ramai turun padang untuk menyatakan sokongan mereka.

Majlis Restu Ilmu pula diadakan selepas itu. Objektif majlis ini adalah untuk memberi restu dan keberkatan di atas ilmu yang telah dicurahkan oleh para guru di samping bermaaf-maafan. Semoga murid-murid tahun 6 SKTR cekal, tabah dan bersungguh-sungguh dalam menjawab soalan UPSR pada minggu depan.

 Majlis Solat Hajat
 Majlis Bacaan Yasin

 Majlis Restu Ilmu
 Cikgu Helmy sedang menyampaikan tips dan amanat peperiksaan
 Tn Hj Multazam sedang menyampaikan amanatnya
 Peniup semangat - hadiah alat tulis untuk murid tahun 6

 Tanda Penghargaan guru-guru
 Semua guru mendapat hadiah penghargaan
 Acara bermaaf-maafan





Kami warga pendidik SKTR mendoakan kejayaan kamu semua wahai murid tahun 6. Dapatkan keputusan cemerlang 5A. Jadikan ibubapamu bangga atasmu.