Oktober 17, 2013

GURU BARU SK TELUK RU (JQaf)





Warga SKTR mengalu-alukan kedatangan guru JQaF yang baru iaitu Ustaz Tuan Khairul Affendi Bin Tuan Win. Beliau berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Beliau datang melaporkan diri bertugas pada 14 Oktober yang lalu. Beliau merupakan guru baru yang menggantikan tempat Tn Hj Mohd Akbar Bin Mohd Salleh yang mana telah berpindah tugas ke PPD Sabak Bernam.

 Warga SKTR mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Usah segan silu bertanya bak kata pepatah "malu bertanya sesat jalan".