November 20, 2013

PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM (PBB) PERINGKAT SEKOLAH 2013

Pada tanggal 1, 2 dan 3 November yang lalu, telah diadakan satu program di bawah unit ko-kurikulum iaitu Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform peringkat sekolah 2013. Program ini telah dijayakan oleh seramai 50 orang murid tahap 2 SK Teluk Ru dan murid tahap 2 PPKI. Program ini juga melibatkan semua guru-guru SK Teluk Ru dan berlangsung selama 3 hari 2 malam. Kem komandan yang dipilih pada kali ini ialah Cikgu Helmy dan penolong kem komandan adalah Ustazah Ernizah.

Pelbagai aktiviti yang disusun oleh setiausaha program dan antara yang terbaru ialah laluan berhalangan yang diperbuat oleh buluh. Cikgu Khalek telah sukarela untuk mengetuai misi tersebut. Ia merupakan salah satu tarikan kepada murid-murid untuk menyertai kegiatan ko-kurikulum ini. Selain itu terdapat juga aktiviti Ice Breaking, Amazing Race dan Malam Solekan Rimba.

Konsep yang digunakan pada tahun ini agak berlainan daripada tahun-tahun yang sebelumnya di mana sekawan murid perlu bekerjasama dan bantu membantu dalam aktiviti memasak. Sekawan perlu memasak dan menyediakan makanan sendiri dan guru-guru adalah sebagai pemerhati.Hasilnya murid-murid dapat menimba pengalaman bagaimana perit jerit dan payahnya dalam menyediakan makanan. Namun begitu resepi yang dipakai hanyalah resepi asas seperti telur dadar, sardin dan nasi goreng. Tidak lupa juga resepi baru iaitu resepi "Daging berkuyam" yang dihasilkan oleh kumpulan berkuyam.

Murid-murid dipecahkan kepada 6 sekawan yang terdiri daripada campuran murid lelaki dan perempuan dan murid PPKI. Sekawan murid ada 7 hingga 9 orang.

Ironinya program sebegini dapat memupuk semangat setiakawan dan semangat kerjasama di antara mereka. Aspek disiplin dan berdikari juga dititikberatkan di samping membudayakan solat berjemaah bersama-sama.

Alhamdulillah keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar daripada awal hingga ke penghabisannya. Murid terbaik lelaki jatuh kepada Mohd Azim (Tahun 6) dan kategori perempuan jatuh kepada Nur Ain Haliza (Tahun 6). Johan sekawan pula jatuh kepada Kumpulan Sekawan 5.

Semoga dengan program ini dapat dijalankan lagi pada tahun depan dengan aktiviti yang lebih menarik lagi. Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program perkhemahan ini.

Cikgu Azli menunjuk bakat potong bawang

Tn Hj Multazam datang memantau keadaan

Malam Ice Breaking

Kumpulan 1 yang mengambil bahagian

Pembentangan kumpulan

Permainan "Bom"

Aktiviti memasak-semua murid yang buat sendiri

Murid menggoreng telur

Makan beramai-ramai setelah siap masak

Ishak berselera makan sebab sudah lapar

Antara guru penasihat yang terlibat

Tunjuk ajar dari guru penasihat

Bantu membantu sesama sekawan

Makan berjemaah

Zafirah menunjukkan bakat

Sesi kawad kaki

Pemeriksaan disiplin kawad kaki

Suasana khemah

Antara hasil masakan murid

Sardin yang lazat