April 13, 2015

Pelancaran Program The Champion & Sahibba

Pada 13 April 2015, telah diadakan pelancaran Program The Champion. Program ini diselia di bawah unit Kurikulum dengan kerjasama unit Bimbingan dan Kaunseling (BBK). Program ini merupakan satu program hasil pemikiran Ketua Pengarah Pendidikan Selangor dengan tujuan untuk meningkatkan Pencapaian UPSR Negeri Selangor.  Untuk pengetahuan, Selangor telah mendapat tempat kesembilan pada tahun 2014.

Sasaran murid champion adalah murid yang akan menduduki UPSR seramai 5 orang sahaja. Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian murid tersebut dalam Penilaian Akhir Tahun darjah 5. Unit yang berkenaan akan bertanggungjawab memastikan murid-murid tersebut mendapat latihan, bimbingan dan tunjuk ajar agar sasaran 5A UPSR tercapai.

Guru matapelajaran UPSR merupakan fasilitator bagi murid-murid champion ini. Kelima-lima murid ini telah diberikan "button" sebagai pemberi semangat dan dorongan. Dengan itu semua warga SKTR dapat memberikan kerjasama dan sokongan kepada murid-murid supaya program ini dapat berjalan dengan jayanya.

Kami mendoakan yang terbaik buat murid-murid champion dan juga murid UPSR. SKTR boleh !!!

Murid Champion & Excellent


Murid Champion

Penyampaian Sijil Sahibba

Pemakaian Button Champion