Jun 04, 2015

Kejohanan Sukan Memanah MSSD 2015

Pada 21 hingga 23 April lepas, Unit Sukan PPD Sabak Bernam telah menganjurkan Kejohanan Memanah MSSD. Kejohanan tersebut telah mengambil tempat di Padang SAM Muhammadiah Sabak Bernam. SKTR telah berbesar hati untuk menghantar seorang peserta dalam sukan tersebut. Murid yang dipilih ialah Husna Nur Imani Bt Ahmad Puzi. Murid ini dikenali sebagai murid serba-boleh di SKTR. Dalam penglibatan beliau, beliau berjaya memperbaiki kedudukannya berbanding tahun lepas biarpun diasak oleh peserta dari sekolah lain.

Biarpun tidak mendapat johan mahupun naib johan, namun yang penting pengalaman dan kemahiran memanah itu yang bernilai.Bak kata pepatah melayu.. "Melentur buluh biar dari rebungnya...". Apapun tahniah buat Husna Nur Amani kerana berani mencuba.

Sekilas pandang...

Brochure kejohanan

Husna sedang memasang set archery

Membuat bidikan