Ogos 03, 2015

Majlis Iftar SKTR, Nuzul Quran & Khatam Al-Quran

Pada 9 Julai yang lalu, Panitia Agama Islam di bawah Unit Kurikulum telah menganjurkan satu program yang dinamakan Majlis Iftar SKTR yang bertempat di dewan sekolah. Sebagai memuliakan bulan Ramadan yang mulia, Majlis iftar ini dilihat sebagai pemangkin dan pengikat ukhwah di antara warga SKTR dan juga PIBG. Bermula dari jam 6 petang hinggalah jam sepuluh malam. Antara pengisian yang dibuat ialah ceramah Nuzul Quran - aplikasi sepanjang zaman, berbuka bersama-sama, solat Maghrib dan Isya berjemaah, solat sunat Tarawih berjemaah dan moreh bersama.

Pada keesokan harinya pula (10 Julai), Majlis Khatam Al-Quran juga diadakan bertempat di dewan sekolah. Murid Tahun 6 mengambil bahagian dan memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran mengikut surah. Semua guru dan murid terlibat dalam program ini.

Ini merupakan program tahunan SKTR dan diharap ia akan terus menjadi sebahagian dalam diari warga sekolah. Pentingnya membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran akan menjadikan kita umat Islam yang dinamik dan beriman. Insya Allah.

Ust jemoputan daripada SK Dr. Abd Latif

Suasana di dalam dewan 

Khusyuk mendengar ceramah

Antara hadirin

Menunggu majlis bermula

Cikgu yang tengah tu bujang lagi

Ust Suhaili memulakan majlis

Murid SKTR

Bacaan oleh murid

Murid lelaki memperdengar bacaan

Stage view

guru wanita

Stage view