Januari 06, 2016

Majlis Suai Kenal Bersama Ibubapa Pra Sekolah

Pada 5 Januari yang lepas, satu perjumpaan suai kenal di antara pihak sekolah (pra) bersama ibubapa murid baru telah diadakan di bilik Pra Sekolah. Objektif perjumpaan ini adalah untuk berkenalan dengan ibubapa murid baru di samping mempromosikan sistem pra sekolah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pra sekolah menonjolkan tema "Belajar Melalui Bermain" yang mana dilihat sesuai buat kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Guru Besar sekolah juga menyampaikan ucapan alu-aluan buat semua yang hadir dan telah mendaftarkan anak mereka di sekolah ini. Seramai 19 orang murid pra sekolah telah mendaftar dan jumlah ini meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Diharapkan selepas ini semua ibubapa dan penjaga dapat bersama-sama hadir dan menjayakan pelbagai program sekolah sepanjang tahun 2016 ini.

Foto sekitar program:

Bergambar kenangan

Penyusunan tempat duduk

Ucapan oleh Tuan GB

Pamplet dan buku pengurusan pra

Antara ibubapa yang hadir dan berkomited