Januari 20, 2016

Sambutan Maulud Nabi

Pada minggu lepas iaitu pada 15 Januari 2016 telah diadakan satu program pengisian rohani oleh Panitia Pendidikan Islam. Program tersebut membawa objektif Memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW melalui pendekatan ceramah maulud nabi. Penceramah jemputan telah dibawa khas untuk sesi kali ini. Beliau ialah Ust Syamsul Baharuddin Bin Sarani. Beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar di SRA Ehyaun Najah Sg Besar Selangor.

Alhamdulillah program ceramah berjalan dengan lancar daripada awal hingga akhir. Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada semua dan diteruskan pada masa yang akan datang.

Foto sekitar program:

Sumbangan SKTR kepada Ust Syamsul

Terima kasih Ust Syamsul

Emcee of the day - Ust Fauzi

Ust Syamsul menyampaikan ceramah dan dakwah

Murid bersama-sama berselawat ke atas Nabi