Januari 20, 2016

Sumbangan NGO Kepada Murid-murid SKTR

15 Januari 2016 - Satu Badan NGO telah berbesar hati menempuh ratusan kilometer daripada Kuala Lumpur untuk tiba di SK Teluk Ru bagi memberi sumbangan kepada murid yang kurang bernasib baik. Usaha yang murni ini memberikan keceriaan kepada para murid yang mendapat sumbangan berbentuk pakaian seragam sekolah, beg sekolah dan lain-lain. Program ini diberi nama "Projek MADE" dan NGO ini bertapak di Rotary Club of Melawati District 3300, Gombak.

Terima kasih kepada penggerak utama NGO ini iaitu Puan Hajah Aini bersama pembantunya Mr.Rajan yang telah sudi datang ke sekolah kami dan memberikan sumbangan seikhlas hati. Jasa kalian tetap dikenang.

Foto sekitar majlis ;

Gambar kenangan di SKTR

Mr.Rajan (kanan belakang)

Murid-murid "happy"

Murid menerima beg sekolah





Banner Rotary Club



Sesi penerangan


Pn Hjh Aini memberi ucapan