Februari 06, 2017

BAKSTER : Majlis Dua Dalam Satu

Pada 20 Januari yang lalu, bertempat di Hotel KOMP1T Sungai Besar, jam 3.30 petang, telah diadakan satu majlis iaitu Majlis Perpisahan Pn Junaidah dan En Mohd Saud dan juga Majlis Meraikan kedatangan Pentadbir Baru 2017. Majlid dua dalam satu ini merupakan perancangan kelab BAKSTER dan kerjasama semua guru-guru, staf sokongan dan pekerja swasta, yang merupakan keluarga besar SKTR.

Kenyataannya, Pn Junaidah secara rasminya telah berpindah ke SK Panchang Bedena (dinaikkan pangkat ke PK1) dan En Mohd Saud telah berpindah ke SK Simpang Lima (perpindahan setara) sebagai PK Ko-kurikulum. Kedua-duanya telah berkhidmat di SKTR selama setahun dan perpindahan yang drastik ini mengejutkan warga SKTR. Namun begitu redha dengan perancangan Ilahi di mana setiap pertemuan ada perpisahan, setiap kejadian punya hikmah dan perjalanan yang masih panjang yang perlu ditempuhi setiap insan yang bergelar hamba Allah di muka bumi ini.

Perpisahan mereka digantikan oleh barisan pentadbir yang baru iaitu Pn Fatimah Bt Arabian selaku Guru Besar, En Mat Isa Bin Mat Laham selaku PK HEM dan Pn Anona Fauziah Bt Ahmad selaku PK Ko-kurikulum. Patah tumbuh hilang berganti. Begitulah yang sinonim dengan peristiwa ini.

Kami di SKTR mengucapkan Selamat Datang kepada Pn Fatimah, En Mat Isa dan juga Pn Anona Fauziah. Selamat berkhidmat di SKTR dan semoga SKTR terus maju jaya, cemerlang dan gemilang.

Foto Majlis :