Oktober 31, 2017

Karnival Sukan PPKI Daerah Sabak Bernam 2017

Pada 24 Oktober yang lalu, murid-murid PPKI yang terpilih telah diberi peluang untuk menyertai karnival sukan PPKI peringkat daerah Sabak Bernam. Pada edisi kali ini, SMK Ungku Aziz (SMKUA) telah diberi tanggungjawab untuk mengelola karnival yang amat memberi makna kepada semua warga PPKI terutamanya kepada murid-murid PPKI.

Antara aktiviti yang diadakan ialah pameran agensi kerajaan, gerai jualan makanan dan minuman, jualan produk PPKI, pertandingan dan juga permainan mini. PPKI SKTR telah menghantar dua pasukan (L) dan (P) dalam pertandingan futsal dan juga petanque.

Tahniah kepada pasukan futsal (L) kerana telah berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan futsal kategori rendah. Manakala pasukan petanque tidak mendapat sebarang pingat. Namun apa yang penting ialah pengalaman dan semagat berpasukan yang ditunjukkan dalam sukan. Itulah ilmu dan pengalaman berharga dalam kehidupan mereka.

Tahniah sekali lagi buat semua.

Foto karnival:

Pasukan Futsal PPKI

Gembira mendapat hadiah

Ketika bertanding