Jun 02, 2010

Sambutan Hari Guru 2010






Pada 17 Mei 2010, SKTR telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bertempat di perkarangan sekolah. Buat julung-julung kalinya, sambutan ini dianjurkan oleh PIBG yang diterajui oleh YDP PIBG En. Abdullah Hassan bin Hj Ikhsan.

Majlis yang dimulai dengan perhimpunan khas hari guru, kemudiannya disusuli dengan bacaan perutusan dari Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran,Ikrar Guru dan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan diakhiri dengan persembahan murid.

Acara kemudiannya diteruskan dengan sukaneka dan majlis penyampaian hadiah.