Jun 01, 2010

Gotong - royong Perdana




Pada 15 Mei 2010, SKTR dan PIBG telah menganjurkan Gotong-royong Perdana sempena Sambutan Hari Guru 2010. Majlis ini diadakan serentak di semua sekolah di seluruh Malaysia. Majlis Gotong-royong ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran sebilangan besar ibubapa/penjaga pelajar SKTR dan semua guru SKTR.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Datuk Abd. Rahman b. Hj Bakri selaku Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Sabak Bernam untuk turut sama berganding bahu bergotong-royong bersama-sama.

Majlis turut mendapat kejutan apabila YB Datuk Abd. Rahman b. Hj Bakri mengumumkan sejumlah peruntukan untuk menampung keperluan warga guru dan murid SKTR.

Warga SKTR mengucapkan ribuan terima kasih kepadaYB Datuk Abd. Rahman b. Hj Bakri dan semua ahli PIBG diatas kesudian menjayakan Majlis Gotong Royong Perdana ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan