Ogos 21, 2013

Pada 20 Ogos 2013, PPKI SK Teluk Ru mengadakan Program Kembara Syawal iaitu program menziarahi rumah murid-murid PPKI yang mengambil bahagian. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara warga pendidik PPKI dengan keluarga murid di samping merayakan Aidilfitri yang mulia ini.
Rumah pertama yang diziarahi adalah rumah murid Muhammad Amirul Mukminin bin Mat Isa di Sg Tengar.

Rumah kedua yang diziarahi adalah rumah Muhammad Adam mirza Aqif bin Mohd Rozi dan Muhammad Amirul bin Mohd Rozi. Kedua-duanya merupakan murid PPKI SK Teluk Ru.



Dan rumah yang terakhir ialah rumah Aina Sofia Bt Adam yang bertempat di Parit Baru. Semoga dengan lawatan ini akan mengeratkan lagi kerjasam ibubapa dengan pihak sekolah.