Ogos 26, 2013

Pada 21 Ogos lepas, sekali lagi pihak PPKI SKTR telah melawat dua buah rumah murid yang masing-masing bertempat di Kg Parit Baru Baroh (rumah Fajarlina) dan juga di Kg Sungai Tengar Selatan (Rumah Farehah). Ketibaan kami disambut girang oleh kedua-dua belah pihak yang sememangnya menanti kehadiran kami.

Gambar di atas merupakan kenangan di rumah murid Fajarlina.

Yang ini pula gambar kenangan di rumah Farehah. Difahamkan bahawa ayah Farehah (En. Zanuri) ada membela dan menjual burung Cinta (Love Bird) dengan harga RM80.00 sepasang beserta sangkar. Kepada yang berminat bolehlah bertanyakan kepada guru PPKI. Burung Cinta rupanya seperti burung nuri tetapi saiznya kecil dan bermacam warna.

Inilah rupa burung Cinta (Sumber : Google images)