September 23, 2013

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN YG KE 56

Pada tanggal 13 September yang lalu, satu majlis penutupan Bulan Kemerdekaan yg ke 56 peringkat sekolah telah dilaksanakan, bertempat di Dewan Seri Bestari SK Teluk Ru. Seluruh warga SKTR terlibat dalam majlis ini. Bertemakan "Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku". Secara ringkasnya pada majlis tersebut telah diadakan:

1. Nyanyian lagu Patriotik
2. Pertandingan Koir Lagu Patriotik (Berkumpulan)
3. Pertandingan Pakaian Beragam (Tema Kemerdekaan)
4. Ucapan Perasmian penutup

Bagi acara-acara pertandingan yang telah dijalankan, keputusan dan penyampaian hadiah akan diumumkan pada perhimpunan mingguan 23 September 2013. Banyak acara yang dibuat demi memastikan semua murid SKTR mempunyai semangat kemerdekaan dan kenegaraan yang tinggi. Juga demi memartabatkan tanah air tercinta.

"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"

Mari kita lihat gambar-gambar sempena majlis tersebut.

S/u Program, Pn Noor Fadhliah

Pemenang Pertandingan Mewarna Poster & Buku Skrap

Buku Skrap yang dihasilkan

Poster Kemerdekaan

Juruacara majlis, Ustazah Hariyanti

Doa dibaca pohon kelancaran majlis

Nyanyian Lagu patriotik

Menyanyi sambil kibarkan jalur gemilang

Nyanyian penuh semangat, Terbaiklah.

Antara barisan guru

Pertandingan koir

Koir Murid-murid tahun  5

Koir Murid Tahun 3

Koir Murid Tahun 6


Koir Murid Tahun 1

Koir Murid tahun 1


Koir "burung marah.."

Geng "Burung Marah.."

Koir Tahun 4


Antara peserta pakaian beragam

Antara peserta terpilih untuk johan


Posing dengan lajunya

Ucapan Perasmian penutup oleh En Azli Bin Suradi, GPK Kokurikulum SKTR

Semoga segala usaha dan penat lelah murid-murid berbaloi dengan semangat keazaman yang tinggi demi mempertahankan kedaulatan negara. Merdeka !!!!