September 28, 2013

Lawatan Sambil Belajar PPKI ke Pulau Mutiara

Sudah menjadi lumrah dalam takwim PPKI saban tahun, lawatan sambil belajar pasti ditunggu-tunggu oleh semua warga PPKI SKTR, khususnya murid-murid PPKI. Pada kali ini PPKI telah memilih destinasi ke Pulau Mutiara iaitu Pulau Pinang. Lawatan sambil belajar selama 3 hari 2 dua malam ini telah berkunjung ke beberapa destinasi pelancongan di sana dengan tujuan memberi pengalaman sebenar di luar bilik darjah.

Antara tempat menarik yang dikunjungi ialah Pantai Batu Feringgi, Toy Museum, Taman Botani, Taman Belia, Pasar Lorong Kulit, Bukit Bendera dan Gerai Jeruk Pak Ali. Ketika perjalanan pulang, rombongan PPKI melawat Zoo Taiping. Objektif lawatan tersebut berjaya dicapai kerana murid-murid kelihatan gembira dan ceria di sepanjang lawatan tersebut.

Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar lawatan Pulau Pinang.

Aksi Aina di Toy Museum

Bergambar bersama koleksi di Toy Museum

Acara sukaneka di Pantai Batu Feringgi
Murid-murid tidak sabar untuk bermain

Keletah murid PPKI
Berbaris sebelum naik kereta kabel Bukit Bendera

Aksi yang sempat dirakam
Pemandangan dari atas bukit, agak berkabus

Mandi manda di Taman Belia

Mandi sambil bersantai

Jalan-jalan di Taman Botani selepas mandi

Pengalaman menaiki trem taman botani
Sarapan di gerai roti canai kawkaw

Santai di Padang Kota Lama

Murid bersarapan di cafe hotel

Sabar menunggu pesanan tiba
Lawatan ke Zoo Taiping

Gelagat melihat haiwan zoo

Zoo Taiping
Bergambar bersama singa

Zoo Taiping merupakan destinasi terakhir dalam sesi lawatan kali ini. Semoga PPKI akan terus cemerlang dan gemilang dengan perancangan dan program sebaik program lawatan sambil belajar ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tuan Guru Besar, Tuan Haji Mohd Multazam Khair kerana menyokong program-program kelolaan PPKI dan juga kepada barisan GPK dan semua guru.