September 29, 2013

Pertandingan Mewarna Burung Enggang Anjuran Politeknik Sultan Idris Shah

Pada 24 September yang lalu, Fakulti Hospitaliti dan Pelancongan Politeknik Sultan Idris Shah SG Lang Sabak Bernam dengan kerjasama Panatia Pendidikan Seni Visual SKTR telah mengadakan pertandingan mewarna Burung Enggang sempena forum Burung Enggang. Pihak PSIS telah menjemput seramai 30 orang murid SKTR tahap dua untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.

Pertandingan bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 11.00 pagi. Pertandingan berlangsung di dewan sekolah. Hadiah untuk pemenang disediakan daripada tempat pertama hingga tempat ketiga.

Setelah diumumkan nama pemenang, pemenang diminta untuk menghadirkan diri di dewan utama PSIS untuk Majlis Penyampaian Hadiah. Nama pemenang adalah seperti berikut.

Johan - Aina Sofia Bt Adam (murid PPKI)
Naib Johan - Mohd Halmii Bin Ghazali (Tahun 5)
Ketiga - Nur Zafirah AImin (Tahun 5)

Berikut adalah gambar di sekitar pertandingan tersebut.

Pelajar PSIS mengendalikan acara

Cikgu Azli sempat melawat pertandingan


Murid mengisi butiran diri sebelum mewarna

Murid mula mewarna

berbagai gaya dan gelagat peserta


Siswi melihat progres peserta


Wajah seorang johan bersama hasil poster

Siswi PSIS memberi tunjuk ajar

Gambar kenangan bersama pelajar PSIS dan warga SKTR

Semoga dengan kejayaan program ini menjadi penanda aras kepada program seterusnya di antara PSIS dan SKTR. Terima kasih diucapkan kerana memberi kerjasama yang  cemerlang.