September 06, 2013

Pertandingan PC Assemble & Pertandingan Mewarna Di SMK Munshi Abdullah

Pada tanggal 31 Ogos yang lalu, SK Teluk Ru telah menghantar 2 pasukan PC Assemble dan seramai 6 orang untuk pertandingan mewarna. Pertandingan diadakan serentak bermula jam 9.00 pagi hingga 10 pagi. Satu pasukan PC Assemble yang dianggotai oleh M.Ammar Asyraf, Muhammad Halmii dan Mohd Amin Husaini telah berjaya menjadi Naib Johan kategori sekolah rendah. Tahniah diucapkan. Bagaimanapun peserta lain tidak berjaya mendapat tempat. Namun begitu usah hampa kerana sijil penyertaan disediakan oleh penganjur.

 Pasukan 1 yang mendapat naib johan
 Pasukan 2 gentar sebelum bertanding katanya
 Suasana pertandingan
Pasukan 2 bersusah payah mengejar masa terpantas tetapi nasib tidak menyebelahi