September 06, 2013

Gerko- Masak Telur Dalam Plastik & Latihan PC Assemble

Penulis ketinggalan untuk memaparkan kisah ini. Namun begitu tuan-tuan dan puan-puan boleh baca.
Pada 28 Ogos yang lepas, telah diadakan slot "Masakan Survival" di dalam aktiviti unit beruniform iaitu murid-murid belajar cara untuk memasak telur rebus di dalam plastik.

Mudah sahaja, begini caranya:
1. Basuh telur dan masukkan dalam plastik berisi air separuh penuh.
2. Sediakan bara (tidak kisah bara sabut, tempurung @ arang)
3. Letakkan plastik berisi telur di atas bara. Tunggu hingga masak (5-10 minit)
4. Kupas telur, cicah kicap dan makan le..

Mari lihat gambar-gambar di bawah.

 Telur diletakkan dalam plastik + air
 Letak atas bara
 Kupas dan makan..(Cikgu kicap takde laa)
 Tunggu telur lain masak
 Yang ni belum masak lagi ke..?
Fasilitator oleh En Azli bin Suradi dibantu guru-guru lain

Pada hari tersebut juga diadakan latihan PC Assemble di makmal komputer di bawah pengawasan dan kendalian guru terlibat.

 Belajar pasang ikut wayar
 Sudah siap pasang
Struggle untuk pasang PC semula