Januari 27, 2014

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014

Pihak SKTR telah mengadakan satu majlis ringkas bersempena penyerahan Bantuan Awal Persekolahan bagi Tahun 2014. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyerahkan bantuan RM100.00 yang dijanjikan oleh kerajaan bagi setiap murid sekolah rendah yang bersekolah di sekolah kerajaan. Dengan adanya bantuan persekolahan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ibu bapa / penjaga dari aspek perbelanjaan persekolahan. Oleh itu, setiap ibubapa/penjaga murid yang hadir layak mendapat bantuan ini dengan syarat membawa kad pengenalan masing-masing untuk pengesahan.

Sebanyak 8 kaunter disediakan iaitu Kaunter Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6, Pra sekolah dan Pendidikan Khas. Setiap kaunter dijaga oleh guru kelas masing-masing dan diselia oleh Tn Hj Mohd Multazam Khair, guru besar SKTR. Berikut adalah foto sekitar majlis.