Januari 23, 2014

Taklimat Perisian Carikata (MBMMBI) oleh Syarikat Amaniz Management

Penerangan penggunaan oleh wakil Amaniz

Perisian percuma kepada pihak SKTR

Pada 22 Januari lepas, pihak SKTR telkah menerima kunjungan daripada Syarikat Amaniz Management daripada Kuala Lumpur. Syarikat ini merupakan pemilik Perisian Carikata yang digunapakai dalam pelaksanaan MBMMBI oleh kerajaan. Tujuan syarikat ini datang ke Teluk Ru adalah untuk membantu guru-guru memudahkan PdP Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan menggunakan perisian Carikata. Perisian ini merupakan perisian kamus yang mana berfungsi sebagai e-kamus Dewan Bahasa Pustaka, Kamus Oxford, Kamus Stanford, Kamus Arab dan lain-lain lagi. Perisian ini boleh dikemaskini secara automatik dengan capaian Internet.

Apa yang menariknya perisian ini membolehkan pengguna menterjemah dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain dengan ketepatan 99.9 peratus. Contohnya ayat Bahasa Malaysia boleh diterjemah ke Bahasa Inggeris dengan mudah. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menterjemah ke bahasa yang lain seperti Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Korea dan macam-macam lagi. Perisian ini juga membolehkan integrasi bersama MS Word untuk membantu kesalahan ejaan secara praktik. Perisian ini dilihat lebih efektif dan tepat berbanding Google Translate yang ada di Internet.

Dengan itu, pihak Amaniz dengan kerjasama KPM berbesar hati menyerahkan satu unit CD perisian Carikata secara percuma kepada pihak SKTR yang diwakili oleh Tn Hj Mohd Multazam Khair, guru besar SKTR. Perisian ini juga dijual kepada warga guru SKTR dengan harga yang istimewa. Malah, perisian ini mempunyai dua lesen yang tidak terhad tempohnya. Apapun, pihak kami berterima kasih di atas kunjungan Amaniz ke sekolah kami.