Januari 17, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH




Pada tanggal 13 Januari yang lalu, Panitia Agama Islam telah menjalankan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan ini dijalankan di Dewan Sekolah dan melibatkan semua guru dan murid.
Tema sambutan pada tahun 1435 H ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Selepas perhimpunan rasmi, ceramah Maulud Nabi diadakan. Pada kali ini Panitia Agama Islam telah menjemput ustaz yang baru iaitu Ustaz Mohd Fauzi Bin Selamat untuk menyampaikan ceramahnya. Antara yang disentuh di dalam ceramah beliau ialah beliau mengingatkan kita supaya mencintai Nabi Muhammad SAW dan menghayati sirah serta akhlak Baginda SAW. Muliakan Baginda Nabi SAW, hidup berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dan meniru peribadi mulia Baginda. Ini kerana pada hari Kiamat nanti kita semua akan meminta pertolongan syafaat daripada Nabi Muhammad SAW. Bagaimana kita boleh dapat syafaat Baginda sekiranya di dunia melawan baginda. Oleh itu mailah kita bersama-sama mengamalkan ajaran Islam sebagai cara hidup Insyaallah.

Antara foto sambutan boleh dilihat di bawah.

Murid mendengar ceramah Maulud Nabi


Selawat Nabi beramai-ramai

Berselawat sambil senyum sokmo

Murid turut berselawat membesarkan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW

Ceramah oleh Ust Fauzi

Tn Hj Multazam menyampaikan cenderahati kepada Ust Fauzi

Selawat Nabi hasil kreativiti Khat oleh Panitia Agama Islam