Januari 17, 2014

PROGRAM MAJU DIRI 2014

Pada minggu kedua persekolahan iaitu pada 8, 9 dan 10 Januari 2014 telah diadakan Program Maju Diri. PMD ini disasarkan kepada murid-murid tahap dua termasuk murid PPKI. Tujuan PMD ini dilaksanakan adalah sebagai memenuhi takwim tahunan sekolah dan PPD serta memberi motivasi dan semangat kepada murid-murid untuk menempuhi sesi persekolahan pada tahun ini.

Pelbagai slot yang dimasukkan ke dalam PMD ini seperti slot menjawab kertas peperiksaan UPSR, slot disiplin, slot kecergasan dan juga Ujian SEGAK. PMD ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTR yang mana pada tahun ini diketuai oleh ketua yang baharu iaitu Ust Tuan Khairul Bin Tuan Wil. Beberapa gambar program tersebut boleh dilihat di bawah.

Cikgu Hajah Siti Hajar menerangkan cara menjawab soalan subjek BM

Ragam murid yang mendengar

Ust Khairul

Sebahagian murid PPKI yang terlibat

PMD di dewan Bestari



Ucapan Ketua Program PMD

Murid bersedia dengan baju PJ

Semasa Majlis Penutup PMD

Tn Hj Mohd Salleh Bin Mat Kassim memberi ucapan






Penerangan Ujian SEGAK oleh guru sukan

Murid melakukan contoh ujian

Ujian secara berpasangan

Guru memastikan murid benar-benar bersedia melakukan ujian SEGAK