Januari 08, 2014

Selamat Datang Guru Baru


Pada tahun 2014 ini, SK Teluk Ru telah mendapat seorang guru baru iaitu Guru Pendidikan Agama Islam. Nama beliau ialah Ust Mohd Fauzi Bin Selamat. Beliau berasal daripada Sungai Besar Selangor dan berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang Pendidikan Islam.

Semoga dengan kehadiran beliau SK Teluk Ru akan terus cemerlang dan gemilang. Guru-guru lama sedia membantu sekiranya diperlukan. Apapun kami ucapkan selamat datang dan menjadi warga SKTR serta selamat maju jaya.