Mac 10, 2014

Gotong Royong Perdana & Program "Setulus Nukilan Jiwa" Bersama Politeknik Sultan Idris Shah

Pada 1 Mac yang lalu, pihak sekolah telah menganjurkan program Gotong Royong Perdana bersama ibubapa dan warga SKTR. Uniknya, pada tahun ini pihak SKTR telah berkolaborasi dengan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam untuk menjayakan program ini. Para pensyarah dan siswa siswi daripada jabatan tersebut telah mengambil bahagian dengan matlamat utama mencantikkan bangunan sekolah dengan melukis mural-mural yang terpilih di kawasan yang terpilih.

Program yang diberi nama "Setulus Nukilan Jiwa" telah melibatkan kira-kira  38 orang siswa dan siswi dan juga para pensyarah mereka. Program ini diketuai oleh En. Ismail Bin Mudin. Program ini dimulakan awal iaitu pada 17 Februari di mana pada setiap petang (jam 5.00 hingga 7.00 petang) kumpulan siswa dan siswi ini akan datang ke SKTR untuk melukis mural. Berbekalkan semangat yang jitu, kesemua lukisan mural dapat disiapkan tepat pada masanya.

Pembahagian tugas gotong-royong perdana diketuai oleh En Mohd Syukri dan beliau telah membahagikan warga SKTR dan ibubapa kepada lima kawasan utama iaitu kawasan tinggalan kuarters pokok sawit, kawasan makmal komputer, kawasan pra dan PPKI, kawasan kolam ikan dan kawasan sekitar stor. Ini termasuklah bilik-bilik khas, bilik darjah, tandas dan dataran perhimpunan.

Di akhir program, Yang Berhormat Tn Hj Kamarol Zaki Bin Hj Abd Malik, Ahli Dewan Undangan Negeri zon Sg Air Tawar telah singgah ke SKTR dan melawat program yang sedang berjalan.

Pihak SKTR mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga SKTR dan pihak PSIS dapat bekerjasama lagi untuk program yang akan datang. Terima kasih daun keladi, panjang umur kita berjumpa lagi.

Bersarapan sebelum bergotong royong

Santai

Siswa PSIS mengecat Kelas Pemulihan

Lawatan YB Tn Hj Kamarol Zaki Bin Hj Abd Malik

Bergambar kenangan bersama warga SKTR dan PSIS

Bantu membantu meringankan kerja

Acara penutup

Sebahagian siswi PSIS

Sebahagian pensyarah PSIS

Juru acara majlis yang secocok

En Ismail B Mudin (kiri) dan Tn Hj Mohd Multazam (kanan)

Ucapan En Ismail B Mudin

Pose istimewa Cikgu Hanis

"Waterman" of the day

 kaum hawa melepas lelah penat cabut pokok

Ust Khairul buat bekal air nampaknya

Juadah tengah hari

Sedang rancak berbual

Proses awal melukis

Siswi PSIS menunjukkan bakat

Siswi tekun mewarna

Proses mewarna

Ukuran ditanda sebelum melukis

Depan tangga pejabat

Depan makmal komputer

Hasil akhir mural

Hasil akhir mural