Mac 10, 2014

Guru Ganti Bahasa Inggeris



SKTR telah menerima seorang guru ganti bagi subjek Bahasa Inggeris. Nama beliau ialah Anath Rau Krishnan berumur 29 tahun. Beliau telah datang melapor diri pada 3 Mac yang lalu. Anath berkelulusan Ijazah di dalam "Decision Science" dan sedang menghabiskan PhD di dalam bidang yang sama di UUM. Beliau berasal dari Ladang Torkinton.

Semoga dengan penerimaan beliau dalam menggantikan Puan Noor Akmar Bt Zainal Mokhtar yang sedang cuti bersalin, dapat menjalankan tugas dengan jayanya. Usah malu usah segan sekiranya ada perkara yang ingin ditunjuk ajar. Selamat menjalankan tugas dan selamat datang kami ucapkan.