Semua murid terlibat dalam program taklimat ini yang bermula dari jam 10.30 pagi hingga jam 12 tengah hari. Pelbagai maklumat dan input yang diperolehi seperti:
1. Jenis-jenis buli
2. Kaedah membuli
3. Ciri- ciri mangsa buli / pembuli
4. Hukuman ke atas pembuli (Penjara & denda)
5. Cara mengelak menjadi mangsa buli
6. Cara dan medium melaporkan kes buli
Di akhir taklimat, Sarjan Mohd Noor Izhar telah menjalankan kuiz berkenaan topik yang disampaikan. Murid-murid yang dapat menjawab dengan betul telah diberi peluang menaiki kereta peronda polis dan pergi meronda ala-ala polis. Semoga dengan program ini memberikan manfaat dan ilmu yang berguna kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak. Pihak SKTR mengucapkan terima kasih di atas kesudian beliau menyampaikan taklimat tersebut. Diharap pada masa akan datang pihak SKTR dapat bekerjasama lagi dengan pihak IPD Sabak Bernam.
Slide show taklimat
Bergambar kenangan dengan kereta peronda polis
Murid-murid SKTR
Ketibaan Sarjan Mohd Noor Izhar
Sarjan sedang memberikan taklimat
Guru dan staf mengambil bahagian
Suasana dewan penuh gelak ketawa
Murid sedang diuji
Murid yang berjaya menjawab kuiz menaiki kereta peronda