Mac 30, 2017

Lawatan AEON - Kerjasama Antara Agensi

Pada 17 Mac yang lalu, pihak SKTR telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Perhubungan Korporat daripada Yayasan AEON Malaysia yang berpusat di HQ AEON Taman Maluri, Cheras. Seramai tiga orang pegawai yang berkunjung dan disambut mesra oleh Puan Fatimah Bt Arabian (Guru Besar) dan Para GPK. Kunjungan susulan ini bertujuan untuk memantau pihak sekolah dalam melaksanakan tugas menaik taraf kawasan sasaran yang telah dikenalpasti dan dengan menggunakan dana yang diberi. Projek ini dinamakan BEST Project.

Antara kawasan yang ditinjau ialah Pusat Sumber, surau sekolah, kelas pra sekolah dan juga kelas Program Pendidikan Khas Integrasi. Secara keseluruhannya, pengurusan dan pelaksanaan oleh pihak sekolah telah mendapat pujian daripada pihak AEON dan menggembirakan hati mereka. Dana yang disalurkan digunakan pada sasaran yang betul dan menepati perjanjian yang telah dipateri sebelum ini. 

Walaupun ada terdapat kekurangan dalam sesetengah perkara, pengurusan dan pelaksanaan masih dikira cemerlang dan hasil yang ditunjukkan adalah mengujakan. 

Usai meninjau kawasan, pegawai tersebut dibawa menjamu selera di kantin sekolah dengan masakan kampung sebagai meraikan tetamu yang datang bertandang dari jauh.

Akhir sekali, semoga hubungan antara agensi ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Pihak SKTR mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan AEON Malaysia yang sudi memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman sepanjang projek ini.

Terima kasih kepada pegawai AEON yang hadir iaitu Miss Azah, Miss Edna, Miss Izyan dan juga pilot mereka.

Terima kasih daun keladi. Tahun depan sumbang lagi.

Foto kunjungan :

Pegawai AEON disambut oleh GB

Beramah mesra

Meninjau Pusat Sumber

Penerangan oleh Cikgu Safari

Nak bagi tajaan langsir :)

Sijil Penghargaan buat AEON

Kejutan pertama

Siapa nak potong reben?

Thanks from us



Great view

Plaque tajaan AEON

Signboard tajaan AEON

Bertanya apa yang boleh disumbang lagi

Komputer PSS

Jamuan ringan

Selamat menjamu selera

Lawatan ke dapur PPKI

Blok PPKI

Bilik APD PPKI

Lawatan ke Pra Sekolah

Melihat hasil sumbangan

Dapur Pra

Peace !

Mengisi Buku Pelawat


Ride on fellows

Foto kenangan

Memory in SKTR