Mac 19, 2014

Pelancaran Program Mentor Mentee 2014 Program NILAM & Perutusan Progam Anti Dadah Kebangsaan

Pada hari Isnin yang lalu bersamaan 17 Mac 2014, telah diadakan satu majlis ringkas iaitu pelancaran Program Mentor Mentee bagi tahun 2014. Program ini dikawal selia di bawah unit Bimbingan dan Kaunseling. Majlis dirasmikan oleh Puan Hajah Mariam Bt Md Rejab, Guru Penolong Kanan HEM. Fail-fail mentor mentee diserahkan kepada para peserta yang terlibat yang mana seperti berikut.

1. Tahun 1 : Pn Nor Maliza bt Mat Misroh
2. Tahun 2 : Pn Noraziah Bt Mohamed Arshad
3. Tahun 3 : En Abd Khalek B Abas
4. Tahun 4 : Ust Mohd Fauzi B Selamat
5. Tahun 5 : En Mohd Helmy B Jamhuri
6. Tahun 6 : Cik Ammukutty A/P Ragawan

Perjumpaan mentor mentee diadakan sekali pada setiap minggu. Mentor (guru) akan memberikan tunjuk ajar kepada mentee (murid) seperti tunjuk ajar kerja rumah, semakan buku latihan, kata-kata semangat dan motivasi serta bimbingan dalam menjadikan diri seorang insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Arakian, mentor boleh berjumpa dengan mentee mengikut keperluan dan kesesuaian masa.

Pada hari tersebut juga Program Bulan Anti dadah Kebangsaan telah dilancarkan. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan membuka mata murid tentang bahaya dadah yang boleh mendatangkan maut. Antara aktiviti yang dijalankan nanti ialah pertandingan mewarna poster dadah (gabung-jalin dengan Panitia PSV), kuiz anti dadah dan pertandingan melukis poster anti dadah. Perutusan program telah dibacakan oleh setiausahanya iaitu En Muhamad Asri B Hassan.

Seterusnya, program NILAM juga telah dilancarkan pada majlis yang ringkas ini. Program ini dirasmikan oleh En Azli Bin Suradi, Guru Penolong Kanan KoKurikulum. NILAM bermaksud nadi ilmu amalan membaca. Dengan adanya program NILAM ini, ia dapat menggalakkan murid-murid membaca bahan bacaan seperti buku, kamus, ensiklopedia dan lain-lain. Di akhir program ini, penghargaan akan diberi kepada murid yang membaca banyak buku. Penghargaan akan diberi dalam bentuk anugerah emas, perak dan gangsa.

Semoga dengan pelancaran program ini, SK Teluk Ru akan terus mencipta kejayaan dan kegemilangan demi masa akan datang.

Pelancaran Program Mentor Mentee

Penyerahan Fail Kepada Mentor terpilih

Pelancaran Program NILAM

En. Asri membacakan perutusan Bulan Anti Dadah
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia