Oktober 04, 2017

Tahniah Ust Fauzi !!

Satu berita yang menggembirakan dan juga berita sedih kerana seorang guru SKTR yang berdedikasi iaitu Ust Mohd Fauzi telah dinaikkan pangkat menjadi GPK Ko-kurikulum dan ditempatkan di sekolah yang baharu, iaitu SK Bagan Terap. Ini merupakan satu kehilangan yang besar namun demi perkembangan kerjaya beliau, dilepaskan dengan berat hati. Banyak jawatan yang menanti semua guru selepas Ust Fauzi berpindah ke sekolah baru.

Harapan kami di sini semoga Ust Fauzi terus berjaya dan menjadi orang yang berkaliber serta berkhidmat dengan penuh iltizam. Jangan lupakan kami di sini dan serangkap pantun buat beliau.

Jika ada jarum yang patah
jangan disimpan di dalam peti
Jika ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati

Semoga sukses dan cemerlang walau di mana jua anda berada. Tahniah !!!


Foto sekitar majlis :