Julai 20, 2016

Majlis Khatam AL-Quran Peringkat Sekolah

Pada 30 Jun yang lalu, satu majlis khatam Al-Quran peringkat sekolah telah diadakan di dewan sekolah. Program anjuran Panitia Agama Islam ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Multazam Khair Bin Mohd Affandi. Ia juga merupakan simbolik penutup bagi program Tadarus Al-Quran yang telah dijalankan semasa Bulan Ramadan yang lalu. Seramai 12 orang murid Tahun 6 terpilih untuk membacakan surah yang telah ditentukan.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid mengimarahkan bulan Ramadan dan mengetahui pahala dan ganjaran yang amat besar yang diberikan oleh Allah SWT.

Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak umumnya dan kepada warga SKTR khususnya. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program pada kali ini.

Foto program :

Tuan Guru Besar bersama para GPK

Alunan bacaan Ayat suci Al-Quran oleh Afif


Antara AJK yang terlibat - Tahniahh !!