Julai 20, 2016

Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah

Pada 15 Julai yang lalu, unit ko-kurikulum SKTR telah menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di dewan sekolah. Bertemakan pakaian raya yang indah-indah belaka, semua warga SKTR kelihatan cantik dan segak belaka. Murid-murid SKTR adalah insan yang paling gembira dalam memeriahkan sambutan ini penuh dengan senyuman dan juga kuih raya.

Dalam doa yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi, semua berharap majlis yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan baik. Bermula dengan ucapan pengerusi majlis, seterusnya ucapan Pn Salasiah (GPK 1) yang banyak menyentuh tentang adab di hari raya. Tidak lupa juga ucapan daripada Tn Hj Najib Bin Saat, Yang Dipertua PIBG SKTR. Beliau mengucapkan tahniah di atas usahasama sekolah dan PIBG dalam menjayakan banyak program sekolah.

Seterusnya persembahan murid aliran perdana dan juga PPKI turut mengambil bahagian. Apa yang menariknya, pada sambutan kali ini AJK siaraya telah bertungkus lumus menyiapkan set karaoke khusus kepada para guru dan murid menunjukkan bakat nyanyian yang terpendam. Dan tidak sangka juga pada kali ini sesi karaoke mendapat sambutan hangat daripada semua.

Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun hadapan, Insya Allah. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program raya pada kali ini.

Foto sekitar program;

Ceria sama tema warna :)

Tn Gb dan Kak June sama tema warna

Sesi menjamu selera

Hensem En. Amir & En. Saud

Karaoke duet lagu Raya

Ucapan oleh Puan Salasiah

Suasana di dewan

Persembahan murid T2

Ucapan oleh

Persembahan murid T5

Persembahan murid T4

Duet karaoke oleh PPKI

Ceria di pagi hari

Cikgu Safari & anak murid, Annur

Selfie bersama YDP PIBG

Bacaan doa oleh Ust Mohd Fauzi

Tidak sabar nak makan

Tetamu VIP

Ucapan oleh Tn Hj Najib YDP PIBG

Selfie sokmo

Lontong pisang kiriman Cikgu Azli.
Terima kasih cikgu !!

Tn GB bersama guru-guru

Tn GB diapit oleh Cikgu June & Cikgu Salasiah