September 26, 2017

Penutup Bulan Kemerdekaan 2017

Sepanjang bulan kemerdekaan yang berlangsung, murid-murid telah menyertai pelbagai program yang telah disediakan seperti Pakaian beragam tema merdeka, mendeklamasikan sajak dan juga karaoke lagu patriotik. Pada 18 September yang lalu, majlis penutup bulan kemerdekaan telah diadakan di dewan sekolah yang mana telah dirasmikan oleh En Ahmad Kamal Bin Sidik, PKP sekolah dalam majlis yang ringkas.

Semoga dengan pengisian pelbagai aktiviti dapat memberi impak dan kesan yang positif kepada semua terutamanya kepada murid-murid SKTR. Selain dapat menyertai aktiviti yang menyeronokkan, input yang diperolehi mengenai kemerdekaan negara dan penubuhan gagasan Malaysia.

Foto majlis penutup:

Nyanyian lagu 

Sempat menyanyikan lagu patriotik

Murid-murid melihat persembahan

Pakaian beragam

GPKPK tunjuk bakat yang ada

Murid deklamasi sajak

Deklamasi sajak